mpkk

mpkk

Pemaju Projek Perumahan Bersikap Ambil Mudah

Pemaju Projek Perumahan Bersikap Ambil Mudah Keselamatan Penduduk

KAMPUNG Tengah, 15 May 2018. Pihak Pemaju Projek Perumahan didapati bersikap "ambil mudah" keselamamatan dan keselesaan penduduk kampung dengan cara melepaskan air dari tapak perumahan terus melalui tanah kawasan penduduk kampung. Ia dipercaya bagi memudahkan kerja mereka selain daripada tidak memerlukan kos yang tinggi.

      Encik Mustaffa 55 tahun seorang penduduk yang tinggal di Lorong Md Sari Kg Tengah mendakwa beliau kerugian hampir RM 3,000 gara-gara sikap pemaju yang tidak menyalurkan longkang ke sungai berhampiran sebaliknya menyalurkannya melalui tanah milik beliau, menyebabkan tanah yang baru ditambak untuk tujuan penyelenggaran kebunnya dihanyutkan air longkang yang deras daripada tapak perumahan itu. Beliau juga mendakwa pihak pemaju tanpa kebenarannya pernah menceroboh tanah beliau dengan melakukan penggalian tanpa memaklumkan atau meminta kebenaran daripadanya.

         Ketua Kampung Tengah, En Abd Ghani bin Selamat , ketika ditemui baru-baru ini menyatakan pemilik tanah ada mengadukan perkara ini kepadanya. Menurut beliau sebelum projek ini berjalan. Jabatan Pengairan dan Saliran juga pernah datang melawat tapak projek perumahan sebelum ia mula beroperasi dengan melakukan pemeriksaan. Namun apa yang menghairankan mengapa projek ini dibenarkan berjalan tanpa memastikan keselamatan penduduk di sekitan taman tidak terjejas. Tambah beliau lagi perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung yang lepas dan akan berusaha menghubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk bertindak. 

Pihak pemilik tanah juga sedang memikirkan cara dan tindakan untuk membawa permasalahan ini ke peringkat atasan dan kepada pihak yang bertanggung jawab agar ianya dapat diselesaikan sebelum sesuatu kejadian yang lebih buruk berlaku. Melalui pemerhatian penulis keadaan di kawasan tapak pembinaan ini memang agak tidak terurus dengan tiadanya longkang yang baik dan semak yang dibiarkan sehingga menyebabkan air hujan melimpah ke atas jalan raya. Ia secara langsung membahayakan pengguna jalan raya kerana boleh mengakibatkan kemalangan. Pemaju juga didapati sengaja menutup sungai asal dan mengantikannya dengan saluran bawah tanah yang dengan mudah akan tersumbat. Bukan itu sahaja, aliran air tersebut melalui kawasan padang sekolah bersebelahan iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah , dan menyebabkan banjir melimpahi padang setiap kali hujan lebat. 













No comments